Jumat, 22 Februari 2008

Hindari Kanser Serviks

Apakah itu Tes Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tidak dirawat.

Dimanakan letaknya serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. la menjadi perantara di antara badan rahim di atasnya dan vagina (faraj) di bawah.

Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya. Keadaan awal ini disebut Cervical Intraepithelial Neoplasia (CIN) yang merupakan peringkat pra-kanser. CIN mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks. Jangkamasa ini boleh digunakan untuk doktor mengesan serta merawatnya, supaya kanser serviks dapat dicegah daripada berlaku

Siapakah yang berisiko mendapat kanser serviks?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks terdedah kepada risiko kanser serviks.

Risiko kanser serviks lebih tinggi pada wanita berikut:

  • Memulakan hubungan seks pada usia kurang 18 tahun

  • Ramai pasangan seks lebih dari seorang

  • Pasangan seks wanita tersebut mempunyai ramai pasangan seks

  • Peringkat CIN

  • Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)

  • Merokok

  • Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.


Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan dalaman akan dilakukan menggunakan alat spekulum yang dimasukan ke dalam vagina (faraj).

Serviks akan dilihat bagi memastikan ia kelihatan normal.

Sel-sel pada permukaan serviks kemudiannya akan diambil menggunakan alat khas (spatula) dan diletakan di atas slaid kaca. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik. Keseluruhan proses mengambil masa beberapa hari.


Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid. Ini kerana sel darah merah haid boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar